Powered by Blogger.

BN lawan PAS di Batang Sadong

Saturday, 20 April 2013



SIMUNJAN- Kerusi Parlimen P200 Batang Sadong menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Hajah Nancy Haji Syukri yang akan ditentang oleh Dr Mohamad Jolhi calon dari Parti Islam Semalaysia(PAS)


Penyandang kerusi Parlimen P200 Batang Sadong itu tiba di Dewan Mesra Simunjan  kira-kira jam 8.40 pagi diiringi pencadang dan penyokong Datuk Mohd Naroden Majais dan Datuk Wahab Suhaili.

Nancy menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.01 pagi  kepada Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Zainol Abidin Hussain, manakala  calon PAS Dr Mohamad Jolhi menyerahkan borang pencalonan kira-kira jam 9.22 pagi bersama pencadangnya, Adam Ahid dan Penyokong Yusof Babin.

Ketika  ditemui, Nancy berkata, beliau tidak memandang rendah keupayaan pencabarnya walaupun yakin menang dengan majoriti undi yang besar berdasarkan kepada sokongan kepada BN selama ini.

Menurutnya, sasaran pada pilihan raya ini adalah untuk mencapai kemenangan melebihi undimyang dimenanginya dalam pilihan raya yang lalu.

"Saya menyedari tugas untuk memperoleh majoriti undi yang lebih besar sukar tetapi ia tidak mustahil melalui kerja yang akan dilakukan sepanjang tempoh berkempen ini, "katanya.

Beliau memberitahu jumlah pengundi di kawasan Batang Sadong adalah berjumlah 19,000 orang.

Dalam pilihan raya lalu Nancy Syukri memperoleh 8,183 undi menewaskan pencabarnya Piee Ling dari Parti Keadilan Rakyat(PKR)  yang memperoleh 2,758 undi dengan majoriti undi sebanyak 5,425 undi.
Share this article on :
 
© Copyright 2010-2011 Sarawak Update All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Borneo Templates | Powered by Blogger.com.