Bolehkah Malaysia Mempunyai Petrol 1 liter 1Ringgit 1Malaysia (P1L1R1M)?
Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat negara ini
mengemukakan sebarang cadangan serta idea yang bernas bagi Bajet 2013.
Oleh kerana Negara kita sudah terkenal dengan 1Malaysia seperti
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik
1Malaysia dan sebagainya, maka kita cadangkan agar kerajaan perlu
memberi kepada semua rakyat Petrol 1Malaysia atau Petrol 1 liter 1
Ringgit 1Malaysia (P1L1R1M). Dengan harga petrol 1 liter 1 ringgit
maka semua rakyat akan menikmati hasilnya, bukan hanya segelintir saja
seperti pemberian BR1M.
Dengan penurunan harga petrol maka segala Kos pengangkutan sudah pasti
dapat dikurangkan dan dengan ini harga barang keperluan juga boleh
diturunkan. Punca utama harga barangan naik adalah disebabkan Kos
pengangkutan yang mahal disebabkan harga bahan api yang digunakan oleh
kenderaan pengangkutan juga mahal.
Kalau kerajaan mampu menurunkan harga petrol, kita yakin tiada sebab
untuk para peniaga menaikan harga barang keperluan dan sudah pasti
kehidupan rakyat akan seimbang dengan pendapatan harian mereka.
Beranikah Datuk Seri Najib mengumumkan harga Petrol 1Malaysia seperti
yang dicadangkan seperti diatas? Kalau kerajaan Najib mampu membuat
demikian, sudah pasti rakyat akan menikmati kehidupan yang lebih baik
dan mampu memiliki barang keperluan yang sepatutnya.
Sekarang hampir semua barang keperluan naik, seperti Kos harga rumah
yang melambung terlalu tinggi sehingga golongan pendapatan rendah dan
sederhana tidak mampu memiliki rumah yang mencecah harga setengah juta
ringgit sebuah. Punca pendapatan yang tidak seimbang dengan keperluan
seharian menyebabkan rakyat Malaysia dilanda masalah hutang yang
berpanjangan.
Adakah kerajaan pernah memikir masalah dan nasib rakyat yang tidak
mampu memiliki rumah sendiri di seluruh Negara? Harga rumah mahal
begitu juga dengan harga kenderaan sehingga sukar untuk rakyat
memilikinya tanpa berhutang berpanjangan. Ada diantara mereka terpaksa
meminjam wang dengan 'Along' untuk memiliki barang keperluan tersebut
dan ada yang terpaksa menjualkan harta pusaka semata-mata untuk
membayar hutang yang berpanjangan.
Kalau kerajaan benar-benar ikhlas hendak membantu rakyat, barang
keperluan inilah yang sepatutnya diberi keutamaan kepada rakyat.
Antara lain, kalau di Sarawak jalan penghubungan, tanah untuk
pertanian, tempat kediaman dan juga infrastruktur perlu diberi
keutamaan bukan hanya memberi barang keperluan sekali saja. Ini bukan
jalan penyelesaian yang terbaik tetapi lebih bersifat sementara saja
seperti pemberian BR1M dan sebagainya.
Rakyat perlu diberi pendidikan serta kursus kemahiran agar mereka
boleh berdikari tanpa memerlukan bantuan kerajaan sepenuhnya tetapi
dengan syarat kerajaan perlu memberi tempat ruang perniagaan serta
tempat untuk mereka menggunakan kemahiran mereka tanpa sebarang
sekatan yang boleh membantutkan usaha mereka.
Apa yang dilakukan kerajaan selama ini menyebabkan rakyat terbantut
fikiran mereka dan terus bergantung hidup dengan kerajaan terutama
sekali penduduk diluar bandar. Mereka diugut dengan kata-kata yang
menakutkan mereka, seperti sekiranya rakyat tidak menyokong pemerintah
segala bantuan dan kemudahan akan ditarik balik dan rakyat akan hidup
susah kalau memilih kerajaan lain selain kerajaan BN. Kata-kata inilah
yang telah merosakkan pemikiran rakyat yang kurang berpelajaran
termasuk juga mereka yang ada kepentingan dalam urusan peniagaan
dengan pihak kerajaan.
Kita tidak mahu rakyat hidup dalam ketakutan sehingga mereka jadi
lemah dan tidak mampu berdikari disebabkan cara pemikiran mereka telah
diracun oleh pemerintah yang sudah lama memerintah. Kita tidak mahu
rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu dan juga Bumiputera jauh
ketinggalan dari segi ekonomi dan terus hidup dalam kemiskinan.
Mereka hanya bergantung kepada subsidi kerajaan sehingga mereka
langsung tidak mahu berubah disebabkan terlalu bergantung hidup dengan
dasar kerajaan yang tidak memberi mereka ruang untuk bebas berfikir
dan berdikari.
Kita harap kerajaan baru nanti dapat mengubah persepsi rakyat agar
jangan hanya bergantung dengan subsidi tapi lebih kepada usaha
sendiri. Kerajaan yang baru nanti perlu memberi lebih ruang untuk
rakyat menjalankan usaha peniagaan mereka sendiri dan juga dapat
mencipta sesuatu inovasi atau teknologi baru untuk kepentingan umum.
Harapan rakyat untuk melihat Malaysia setanding dengan Negara maju
lain akan tercapai sekiranya pemerintah tidak menyekat rakyat bersuara
dan membebankan rakyat dengan masalah bebanan hutang negara yang
berpanjangan. Semoga impian rakyat Malaysia menjadi kenyataan pada
masa hadapan dengan pemerintahan baru yang lebih baik dan adil untuk
semua. Insya-Allah.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Can Malaysia have Petrol 1 liter 1 Ringgit 1Malaysia (P1L1R1M)?
Datuk Seri Najib Tun Razak invites all the people of this country to
submit any suggestions and ideas for 2013 Budget. Because our country
has known with 1Malaysia, such as 1Malaysia People's Aid (BR1M), Kedai
Rakyat 1Malaysia (KR1M), 1Malaysia clinics, etc. then we propose that
the government should give to all 1Malaysia Petrol or Petrol 1 liter 1
Ringgit 1Malaysia (P1L1R1M). With the price of petrol 1 liter 1
ringgit then all people will enjoy the result, not only a few just
like giving BR1M.
With reduction in petrol prices, and all transportation costs will
certainly be reduced and the prices of consumer goods can also be
reduced. The main cause of the commodity prices increase is due to the
expensive transportation costs due to the price of fuel used by
transport vehicles are also expensive.
If the government were able to lower the price of petrol, we are
confident there is no reason for traders to raise prices of essential
goods and of course, lives of the people will be balanced with their
daily earnings.
Do dare Datuk Seri Najib to announce petrol price 1Malaysia as
suggested above? If the Najib government managed to do so, I'm sure
people will enjoy a better life and be able to have the proper
necessities.
Now almost all consumer goods rise, as the cost of house prices that
bounce is too high, until lower and middle income groups cannot afford
to have a house that price reached a half of million ringgits.
Sources of income inequality with daily needs, resulting people of
Malaysia was hit by a prolonged debt problem.
Does the government ever think of the problems and the fate of the
people who cannot afford to have their own homes in the country? The
expensive home prices as well as vehicle prices making it difficult
for people to own without prolonged in debt. Some of them have to
borrow money with 'Along' to have these necessities and some have to
sell the estate solely to pay long term debt.
If the government is really sincere to help the people, these
essentials should be given priority to the people. Among other things,
if in Sarawak, road connectivity, land for agricultural, residential
and infrastructure should be given priority not only give essential
items once-off. This is not the best solution but rather a provisional
like giving BR1M and others.
The people should be given education and skills training courses so
that they can be independent without the need for full government
support but on condition that the government should give the place of
business space and place for them to use their skills without any
restrictions that may hinder their efforts.
What the government have done for this while cause the people minds
stagnant and continue dependent on the government especially the rural
population. They were threatened with the words that frighten them,
such as if the people do not support the government all assistance and
facilities would be withdrawn and the people will be living hard if
they choose other than the BN government.
These words that have been corrupted the mind of the less educated
people including those who have an interest in business dealings with
the government. We do not want people live in fear until they are so
weak and incapable of self-reliance due to their mindset have been
poisoned by the long-ruling government. We do not want the people of
Malaysia, especially Malay and also Bumiputera far behind the economy
and continue to live in poverty.
They depend on government subsidies until they did not want change
because they are too dependent on government policy that does not give
them space to think freely and independently.
We hope our new government later be able to change the perception of
the people so that do not only depend with subsidy but more to their
own effort. The new government will need to provide more space for
people pursuing their own business and also to create an innovation or
new technology for the public interest.
Expectations of the people to see Malaysia on par with other developed
countries will be achieved if the government does not restrict
people's speech and burden the people with the problem of prolonged
national debt. May the people of Malaysia dream become a reality in
the future with new and better governance and justice for all. God
willing
Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief
http://pas-miri.blogspot.com