Powered by Blogger.

Ugutan Bunuh Kerja Pengecut", Dr Michael Teo.

Sunday, 29 July 2012

  • Friday





    Bill Kayong


    Ketua Cabang PKR Miri Dr. Michael Teo Yu Keng hari ini menyelar dan mendakwa ugutan bunuh yang diterima oleh Datuk Bandar Miri sebagai satu tindakkan seorang pengecut dan tidak bertemadun.

    Beliau berharap pihak Polis mengambil tindakkan yang tegas kepada pihak yang terbabit dan mahu siasatan rapi dilakukan secara menyeluruh supaya pekara sedemikian tidak berulang lagi.

    Dr. Michael Teo memaklumkan beliau memandang serius terhadap ugutan yang diterima oleh Datuk Bandar Miri ini,kerana ugutan sebegini jarang-jarang diterima,iaitu adanya unsur ugutan bunuh. Beliau meminta kepada pihak Polis supaya laporan ini dipandang serius kerana ada unsur ugutan bunuh yang mana menurut sekyen 506 kanun keseksaan,iaitu ugutan jenayah.

    Beliau juga menambah dan menyatakan jika pihak Polis lambat bertindak,ini akan melahirkan penjenayah baru. Beliau bimbang insiden sebegini akan berulang pada masa akan datang dan akhirnya orang ramai akan menyalahkan pihak keselamatan kerana mengambil sikap tunggu dan lihat.

    Hari ini akhbar-akhbar tempatan melaporkan bahawa Datuk Bandar Miri,Datuk Lawrence Lai telah membuat laporan Polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya malalui sistem pesanan ringkas(SMS).
Share this article on :
 
© Copyright 2010-2011 Sarawak Update All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Borneo Templates | Powered by Blogger.com.