Kejohanan sukan permotoran dua hari 7 hingga 8 Julai itu adalah anjuran bersama Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak (KPSS), Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM), Pejabat Residen Mukah (PRM) dan Persatuan Sukan Lumba Automotif Sarawak (PSLAS).
Seperti biasa pelumbaan kali ini juga diadakan di Taman Kala Dana, yang lebih kenali sebagai tapak Pesta Kaul Mukah.
Ia akan dibahagikan kepada Kategori A (Senior) dan Kategori B (junior) bagi kelas enjin: 90cc-115cc 4 stroke dan Kategori Khas (JCM 1105 One Make Race)
Dan untuk menyerikan lagi kejohanan ialah penyertaan Borneo(Jemputan) untuk pelumba dari Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan Barat Indonesia.
Bagi kategori jemputan Borneo, para peserta akan bersaing dengan kelas enjin yang lebih besar iaitu 130 cc-4 stroke.
Objektif penganjuran ialah sebagai salah satu daripada usaha kerajaan ke arah pembangunan sukan permotoran di Negeri Sarawak dan diharap dapat membantu di dalam melahirkan jaguh-jaguh sukan ini yang boleh mencapai taraf kebangsaan dan dunia.
Sebagai medan untuk mengasah dan mencungkil bakat para belia di negeri ini yang meminati sukan bermotor untuk diketengahkan ke Kejohanan peringkat Kebangsaan(Petronas Malaysia Cub Prix Championship 2012).
Sebagai salah satu daripada usaha kerajaan di dalam menangani budaya negatif para belia yang terlibat di dalam gejala lumba haram.
Sebagai salah satu daripada usaha kerajaan di dalam menangani budaya negatif para belia yang terlibat di dalam gejala lumba haram.
Kejohanan seumpamanya ini berpotensi untuk menarik minat para belia tersebut agar menceburi aktiviti sukan bermotor yang selamat serta diiktiraf oleh kerajaan.
Ia juga dilihat mampu untuk membuka peluang pekerjaaan kepada belia yang menganggur, samaada sebagai pelumba, krew-krew ataupun mekanik dengan syarikat-syarikat ataupun kelab yang bakal menyertai kejohanan tersebut setiap musim.
Pada tahun lepas kejohanan yang telah mendapat sambutan hangat daripada peminat sukan permotoran tempatan terutama para belia di Bahagian diadakan pada 30 & 31 July .
Justeru itu, peminat sukan permotoran dijemput untuk menyaksi pelumbaan kali ini yang sememangnya mempunyai daya tarikan sendiri terutama pada Acara Jemputan Borneo