Powered by Blogger.

Gotong Royong PIBG SK St Patrick Mukah

Friday, 6 July 2012




MUKAH: Projek pembinaan jalan terus ke Taman Kala Dana yang terkenal

sebagai Tapak Pesta Kaul itu sedang berjalan dengan lancar.

Adalah difahamkan bahawa tarikh  memiliki tapak ialah pada 27 April
lalu dan kerja pembinaan  hanya bermula baru-baru ini.

Projek yang dijangka siap pada 26 Julai tahun 2013 itu telah mendapat
perhatian orang ramai semenjak beberapa tahun yang lalu kerana ia akan
merentasi sekolah  rendah yang tertua di bahagian ini iaitu SK St
Patrick Mukah.

Pada awalnya sekolah tersebut akan diroboh dan dipindah ketempat lain
untuk membolehkan jalan  dibina sepertimana yang dirancangkan.

Walau bagaimanapun setelah sekian lama berita perpindahan itu
kedengaran, kedua-dua pihak telah membuat resolusi bahawa buat
sementara waktu sekolah itu akan tetap ditempat asal dan cuma beberapa
buah bangunan yang berada dilaluan projek jalan akan diroboh.

Dan keputusan tersebut telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh
ibubapa, pihak sekolah dan bekas pelajar sekolah yang telah melahirkan
orang cerdik pandai, pemimpin tempatan dan sebagainya itu.

Walaupun pada hakikatnya ia adalah sekolah mubaligh(mission),
murid-muridnya terdiri daripada masyarakat mazmuk Mukah, Sarawak dan
Malaysia amnya.

Sekolah yang berlokasi di Jalan Haji Mohd Pauzi itu sudah berusia
lebih 100 tahun(1905), dan dianggap sebagai salah sebuah sekolah
rendah yang cemerlang di bahagian Mukah ini.

Justeru itu acara gotong-royong membongkar bahan-bahan  bangunan Pusat
Sumber dan Bangunan Thian Hua Sekolah SK St Patrick Mukah  akan
diadakan pada 14 dan 15 Julai ini.

Ia untuk membolehkan kerja pembinaan projek jalan lurus ke Tapak Kaul
merentasi sekolah  yang kini sudah bermula.

Bahan binaan terpakai daripada kedua-dua bangunan(bangunan Thian Hua
dan Pusat Sumber) yang berada diatas jalan yang sedang dibina
tersebtu, akan diguna semula untuk mendirikan bangunan baru
bersebelahan dengan bangunan lain yang tidak terjejas atau berada atas
laluan jalan yang sedang dibina itu.

Gotong-royong yang akan dianjurkan oleh PIBG SK St Patrick tersebut
akan melibatkan bapa-bapa pelajar.

“Sila bawa tangga(jika ada), tukul, dan barang pertukangan lain untuk
membuka bahan seperti papan bangunan ini kelak. Kehadiran tuan-tuan ke
sesi gotong-royong ini amat diperlukan dan didahulukan dengan jutaan
terima kasih,” kata YDP PIBG SK St Patrick, Nolin Gendang
Share this article on :
 
© Copyright 2010-2011 Sarawak Update All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Borneo Templates | Powered by Blogger.com.