Powered by Blogger.

Bengkel Pertunangan dan Perkahwinan Melanau

Wednesday, 18 July 2012




Bengkel Pertunangan dan Perkahwinan Melanau telah diadakan di Bilik Persidangan, Tingkat 1, Menara Pehin Setia Raja Mukah pada hari Selasa.

Program sehari suntuk itu adalah anjuran bersama Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) Jabatan Ketua Menteri dan Persatuan Melanau Mukah (PMM).

Seramai 130 peserta yang terdiri daripada ketua-ketua masyarakat serta pakar adat istiadat tempatan daripada Daerah Dalat, Mukah dan Daerah Kecil Balingian menyertai bengkel yang pertama seumpanya
diadakan di bandar ini.

Yang membuat ia agak berlainan dengan apa yang dianjurkan sebelum ini adalah kerana kali ini ia memberi penumpuan khusus terhadap adat perkahwinan dan pertunangan suku kaum Melanau.

Dalam ucapan penutupnya pada majlis tersebut Ketua MAIS, Datu Nillie Tangai, mencadangkan supaya apa jua yang dipersetujui oleh semua perserta pada bengkel itu akan dijadikan panduan bagi masyarakat
Melanau ketika menjalankan upacara pertunangan atau perkahwinan.

“Oleh kerana adat Melanau belum lagi dibukukan, saya sarankan supaya apa yang dipersetujui pada hari ini boleh dijadikan panduan buat ketika ini bagi Kaum Melanau khususnya di kawasan Mukah dan Dalat
pada upacara Pertunangan dan Perkahwinan dengan syarat input-input yang dibentang hari ini adalah dalam bentuk hitam putih atau bertulis,” katanya.

Adalah difahamkan adat-adat Melanau sekarang masih dalam keadaan `draft’ dan akan perhalusi atau ditambahbaikkan lagi sebelum ia dibukukan.

Pada majlis yang sama Nillie juga menyentuh tentang perkahwinan bawah umur yang beliau percaya boleh dijalankan dan berlaku dalam masyarakt kita dengan syarat ia mendapat persetujuan daripada kedua-kedua belah pihak terutama sekali ibubapa.

Antara aktivit-aktiviti yang diadakan sepanjang bengkel satu hari itu ialah tayangan video perkahwinan Adat 9 Pikul di Mukah dan Dalat, dan Adat 7 Pikul di Mukah, bengkel mengikut kumpulan, persembahan dan
perbincangan panel.

Para panel perbincangan adalah terdiri daripada Timbalan Residen Bahagian Betong, Dr Anthony Valentine Laiseh, Pemangku Timbalan Ketua Pendaftaran Mahkamah Bumiputera, Hang Tuah Merawin dan Pegawai
Penyelidik Sosial MAIS, Hat Hoklai.

Pada majlis penutupan Nillie juga menyampaikan sijil perlantikan Juru tunjuk Adat kepada Norbert Lee dari Daerah Dalat dan Kudat Megok dari Daerah Mukah dan sijil penyertaan kepada para peserta.

Hadir sama ialah Presiden PMM, Ir Alphonsus Dorhat Rahani, Pemanca Albert Kiruh Abau, pegawai-pegawai daripada MAIS, John Ling Jirid Tira, Felix Bohari Mekir, Shirley Mengar, Maria Tufak dan Nyipa Manjar dan ahli-ahli PMM
Share this article on :
 
© Copyright 2010-2011 Sarawak Update All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Borneo Templates | Powered by Blogger.com.