Powered by Blogger.

PAS Sarawak Sudah Ada Markas

Tuesday, 24 April 2012





PAS Sarawak Maju Kehadapan

Pas Sarawak sekali lagi mengorak langkah ke hadapan apabila mempunyai
Pejabat Perhubungan Negeri yang terletak di Lorong 4, Taman Matang
Jaya, Petra Jaya Kuching Sarawak.

Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan
Haji Mohamad bin Sabu. Selain Pas Sarawak juga telah menganjurkan
Ceramah Perdana buat julung kalinya di tempat yang sama. Sambutan
adalah diluar jangkaan pihak penganjur dimana dianggarkan lebih 1,000
orang yang hadir menyaksikan detik bersejarah tersebut.

Pesuruhjaya Pas Sarawak, Tuan Haji Adam bin Ahid di dalam ucapan
aluannya menggesa agar rakyat Sarawak bersama-sama dengan Pakatan
Rakyat terutamanya Pas Sarawak, memperjuangkan nasib dan masa depan
negeri Sarawak. Beliau juga menyanggah tanggapan sesetengah pihak yang
menganggap bahawa Pas adalah parti dari semenanjung sahaja sedangkan
maksud PAS adalah Parti Anak Sarawak, Parti Anak Sabah dan Parti Anak
Semenanjung.

Majlis perasmian dan ceramah Perdana yang sebelumnya dibasahi oleh
hujan renyai-renyai, turut dihadiri oleh Pengarah Pilihanraya Pas
Pusat, YB Dr Hatta bin Ramli dan Ahli Parlimen Bandar kuching dari
DAP, Tuan Chong Chieng Jen serta pimpinan Pakatan Rakyat Negeri
Sarawak.

Bagi Pihak BPPNS
Jofri Jaraiee
Timbalan iii Pesuruhanjaya PAS Sarawak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Sarawak moving forward

Sarawak PAS once again move forward when have a State Liaison Office,
located in Lorong 4, Taman Matang Jaya, Petra Jaya Kuching Sarawak.

The building was officially opened by PAS Deputy President, Tuan Haji
Mohamad bin Sabu. Besides Sarawak PAS has also organized the inaugural
Premier Talks at the same place. Response is beyond the expectations
of the organizers, where an estimated more than 1,000 people witnessed
the historic moment.

PAS Sarawak Commissioner, Tuan Haji Adam bin Ahid in his welcoming
address urged the people of Sarawak, together with the People's
Alliance, especially PAS Sarawak struggle for and the future of the
State. He also refuted the notion that some people assume that PAS is
the party of the peninsula only when the meaning of PAS is Parti Anak
Sarawak, Parti Anak Sabah dan Parti Anak Semenanjung.

The opening ceremony and Prime talks, previously moistened by drizzle,
was also attended by the Director of PAS Central Election, the
Honourable Dr Hatta Ramli and Bandar Kuching MP from DAP, Mr. Chong
Chieng Jen and and the leadership of Sarawak Pakatan Rakyat

 For the BPPNS
 Jofri Jaraiee
 PAS Sarawak Deputy Commissioner iii

Share this article on :
 
© Copyright 2010-2011 Sarawak Update All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Borneo Templates | Powered by Blogger.com.