Powered by Blogger.

Anak Dalat Jadi Setiausaha Politik Ketua Menteri

Tuesday, 3 April 2012



Caption: Kr. Haji Kenil pada majlis angkat sumpah Ahli Majlis MDDM Mukah baru-baru ini

DALAT: Perlantikan Kr. Haji Kenil Haji Jaraiee sebagai Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri pada hari Isnin adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh penduduk di daerah ini.

Bagi mereka perlantikan tersebut adalah satu penghormatan kepada kawasan ini  kerana beliau adalah merupakan anak jati Dalat.

"Oh ya, kita turut berbangga dengan pelantikkan Saudara Haji Kenil sebagai Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri baru-baru ini. Ini adalah satu penghargaan dan penghormatan kepada kita penduduk Dalat ini dan kawasan Parlimen Mukah amnya," kata seorang nenek, Sidah Numong, dari Kampung Tanam Dalat.

Atas pengalaman mendalam Kenil tentang pembangunan dan perkembangan sosial dan ekonomi di Daerah Dalat, Sidah percaya beliau boleh menjalankan tugasnya dengan baik.

"Oleh kerana beliau adalah berasal daripada kawasan ini, beliau mengetahui pemasalahan penduduk-penduduk lebih mendalam lagi dibandingkan dengan orang dari kawasan luar. Justeru itu kita percaya Haji Kenil boleh menjalankan tugasnya sepertimana yang diharapkan. Dan, bagi kita orang kampung kita pun boleh bertutur dalam dialek Melanau dengannya apabila memajukan cadangan dan sebagainya," katanya.

Sementara seorang pesara, Patrick Amir, juga bersependapat dengan Sidah bahawa perlantikan saudara Kenil itu sebagai hadiah kepada daerah ini.

Patrick yang berasal dari Kampung Kekan Dalat  beranggapan Kenil sebagai amat masak dan matang dengan kehidupan orang di Dalat.

"Saudara Kenil sebagai anak jati tempatan iaitu Kampung Teh Dalat, saya amat yakin dengan kebolehan dia untuk menjadi penghubung kepada dua-dua pihatk iaitu penduduk tempatan dan kerajaan. Justeru pelantikan Kenil boleh dianggapkan sebagai hadiah untuk penduduk daerah ini," ujarnya lagi.

Kenil yang pernah bekerja dengan Jabatan Penerangan sebelum menjadi `businessman' adalah di percayai sebagai anak watan Dalat yang pertama dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri.

Ketika ditemui mengenai perlantikkan itu baru-baru ini, Kenil menyatakan kesyukurannya dan terima kasih kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

"Saya amat berima kasih kepada Ketua Menteri dan Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Toyad atas perlantikkan ini. Untuk membalaskannya,  saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memikul tugas serta kepercayaan yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya.

Share this article on :
 
© Copyright 2010-2011 Sarawak Update All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Borneo Templates | Powered by Blogger.com.