Powered by Blogger.

Anak Tempatan Terajui Jabatan Imigresen Mukah

Friday, 27 January 2012





Jabatan Imigresen Malaysia Bahagian Mukah mulai beroperasi semenjak 3 Januari ini dan sekarang mempunyai tujuh kakitangan yang di ketuai oleh Wahid Udin sebagai Penyelia.

Menurut Wahid, setakat ini Jabatan Imigresen Mukah hanya mengendalikan perihal paspot serta dokumentasi.

“Setakat ini kami hanya mengendalikan paspot sahaja. Kami menerima permohonan untuk membuat paspot di pejabat ini.  Dan akan siap dalam masa lima hari waktu bekerja kerana ia akan diproses di pejabat Imigresen Sibu,” ujarnya.

Dia juga menyatakan bahawa kesemua kakitangan bawah kendaliannya adalah orang tempatan.

“Semua mereka adalah orang tempatan daripada beberapa daerah di bahagian ini, dan saya sendiri berasal dari Kampung Petanak Mukah,” ujarnya lagi.

Sementara itu,  agensi kerajaan lain yang sudah berpindah ke Bangunan Persekutuan yang baharu siap itu ialah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia( RELA Bahagian Mukah).

Pejabat RELA sebelum ini berada di salah sebuah rumah kedai di Bandar Baharu Mukah atau  kira-kira satu kilometer dari pejabat sekarang.

Jabatan dan agensi kerajaan yang di dalam proses untuk berpindah ke Bangunan Persekutuan itu ialah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Bahagian Mukah, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Mukah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bahagian Mukah, Jabatan Hal Ehwal Khas Bahagian Mukah dan Jabatan Anti Dadah Kebangsaan.

Adalah difahamkan bahawa bangunan persekutuan akan menempatkan sebanyak sembilan jabatan-jabatan kerajaan
Share this article on :
 
© Copyright 2010-2011 Sarawak Update All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Borneo Templates | Powered by Blogger.com.