Seramai 400
nelayan di kawasan Oya dan Mukah menerima Elaun Sara Hidup Nelayan di sini pada
hari Khamis.
Majlis
penyampaian Elaun sebesar RM200 seorang itu telah disempurnakan oleh Philip
Peter Salam Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Mukah di Dewan Suarah Mesra
Mukah.
Selain
daripada itu, dia juga menyerahkan Bantuan Program NKRA 1 Azam berupa enjin sangkut 15 kuasa kuda kepada 16 peserta program tersebut, namun
hanya 10 yang hadir.
Dalam
ucapannya pada majlis itu, beliau menyentuh tentang harga ikan yang di jual di
Bandar Mukah agak mahal dibanding dengan tempat-tempat lain seperti Sibu dan Bintulu.
“Adalah
menghairankan harga ikan adalah lebih mahal di Mukah berbanding tempat lain
di Sarawak seperti di Sibu atau Bintulu, pada hal ikan segar adalah tarikan
utama Bandar Mukah,” ujarnya.
Justeru itu, Philip berharap nelayan-nelayan di sini untuk bekerjasama dengan satu sama lain demi mencari jalan untuk menurunkan harga hasil laut yang menjadi penyumbang protin utama bagi penduduk di bahagian ini.
“Walaupun,
kenaikan harga itu boleh dikatakan bermusim, para nelayan di sini harus berbuat
sesuatu untuk menurunkan harga kepada tahap yang berpatutan terutama sesuai
dengan gelaran Mukah sebagai hub Ikan segar di kawasan tengah Sarawak ini. Kita
harus menyedari bahawa Ikan Segar adalah senonim dengan Bandar Mukah,” katanya
lagi.
Menyentuh
mengenai elaun sara hidup, dia berkata, ia adalah galakkan serta insentif
daripada kerajaan agar nelayan melaksanakan tugasan mereka untuk membekal
ikan kepada keluarga dan masyarakat dengan sebaik mungkin.
“Jangan anda
hanya berpeluk tubuh setelah menerima elaun ini, jalankanlah tugas anda sebagai
nelayan seperti yang telah diamanatkan kepada anda. Kita berharap mereka yang
menerima elaun ini adalah nelayan yang tulin. Elaun ini bukanlah untuk seumur
hidup, dan ia hanya untuk anda sebagai seorang nelayan yang aktif,” tambahnya lagi.
Dan bagi
penerima bantuan enjin sangkut, Philip menasihati mereka untuk menggunakannya
sebaik mungkin kerana ia adalah bantuan untuk jangka panjang.
“Ia berharga
ribuan Ringgit, dan janganlah anda menggunakannya untuk bersiar-siar atau
sebagainya yang tidak sesuai dengan niat tulus kerajaan. Gunakanlahnya untuk ke kebun atau untuk menangkap ikan. Dan,
jangan sama sekali menjualnya untuk keuntungan segera atau faedah jangka
pendek,” katanya.
Juga berucap
pada majlis tersebut ialah Marzuki B Juli, Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM)
Wilayah II Mukah yang mewakili Pengarah LKIM Negeri.
