SMK Agama Saratok Juara Pertandingan Lalulintas Shell
Wednesday, 20 July 2011
Labels:
Berita Rakyat,
Sarawak Update
oleh SALEMAN SENIN
Kerajaan dengan kerjasama pihak Shell Berhad telah merancang satu program khusus yang memberi pendekatan yang menjurus kearah asas untuk mendisiplinkan diri di jalanraya. Serta mematuhi undang-undang seawal usia sekolah rendah dan sekolah menengah, kata ADUN Bukit Saban Robert Lawson Chuat anak Entering.
Jelasnya, Program lalu Lintas Shell merupakan pendekatan awal melengkapkan pelajar dengan undang-undang jalan raya.
Peraturan-peraturan yang wajib diketahui dalam kehidupan seharian juga seharusnya dipraktik sebaiknya.
Beliau menyifatkan program tersebut merupakan langkah awal untuk pelajar-pelajar memahami dan mempraktik amalan dijalanraya yang selamat dan berhemah.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Betong 2011 yang telah dilangsungkan di perkarangan Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong hari ini.
Disamping itu beliau amat menggalakkan semua pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti seumpama itu kerana ia amat berfaedah dan memberi pengetahuan kepada semua. Seterusnya ia merupakan pendidikan asas dalam urusan seharian selepas ini.
Program yang dianjurkan oleh Sarawak Shell Berhad mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Betong dan Saratok dengan turut dibantu oleh Pejabat Pelajaran Daerah Betong dan Saratok.
Selain penglibatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerangan, Jabatan Pertanian, sekolah menengah dan sekolah rendah di
bahagian Betong.
Robert dalam ucapannya turut mencadangkan kepada pihak Shell Berhad untuk membina satu litar lalu lintas yang dikhususkan untuk dijadikan tempat pendidikan seumpamanya. Ini memandangkan telah banyak sekolah
yang dibuka dan institusi pendidikan yang akan dibuka di Betong selepas ini.
Dalam perkembangan yang sama beliau turut menghargai peranan pemandu kenderaan kerajaan yang turut terlibat sama menduduki Ujian Ulangkaji memandu Untuk Pemandu Kenderaan rasmi kerajaan.
Ulangkaji ini juga selain mengembalikan ingatan kepada mereka, ia juga memberi pemahaman dan penambah baikan dari segi pemanduan yang lebih cekap dan mahir dengan undang-undang jalan raya. Ia juga melibatkan seramai 30 orang pemandu kenderaan rasmi kerajaan daripada 16 pejabat dan jabatan kerajaan dan 18 orang guru pengiring.
Cadangan untuk melibatkan orang awam dalam program yang sama agar mereka lebih memahami dan mengetahui peraturan-peraturan jalan raya turut disuarakan untuk digabungkan dalam program tersebut pada
masa-masa akan datang.
Dalam pertandingan kali ini, SMK Agama Saratok telah menjuarai pertandingan tersebut bagi kategori Sekolah Menengah.
SMK Datuk Patinggi Kedit ditempat kedua manakala SMK Ulu layar ditangga ketiga bagi kategori yang sama.
Kategori Sekolah rendah di kuasai oleh Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Betong dengan menjuarai untuk tahun kedua berturut-turut.
Sekolah kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir Betong ditempat kedua sambil SK Saint Augustine di tangga ketiga.
