Nadia Adeela
BINTULU- Dua penggal berlalu, namun janji projek pembinaan jambatan yang menghubungkan rumah panjang- Rh. Nyalu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri N58 Jepak dengan rangkaian jalan raya masih belum ditunaikan oleh wakil rakyat di kawasan terlibat.
Wakil rakyat terlibat bukan sahaja disifatkan gagal menunaikan janji yang pernah dibuatnya dua penggal lalu tetapi turut dikatakan gagal untuk membawa pembangunan dan kemajuan kepada penduduk rumah panjang berkenaan.
Kesal dengan sikap wakil rakyat terbabit, Tr. Nyalu memberitahu pihak Jabatan Kerja Raya telah melakukan survei bagi pelaksanaan projek pembinaan jambatan terbabit, namun, hingga menimbulkan kemarahan penduduk rumah panjang tersebut yang mana telah menuduh beliau tidak menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai ketua atau pemimpin.
Malah, menurut Tr. Nyalu lagi, pihak GeoSains juga gagal melunaskan janji berhubung pemberian tangki air dan sistem sinetary seperti yang telah dijanjikan setahun lalu, biarpun penduduk sudahpun menerima nota penghantaran pada November 2010 selain turut berjanji untuk menanggung kos pemasangan sistem sinetary RM100 .
Sebaik mendengar berita gembira tersebut, penduduk bergotong royong menebas serta membersihkan kawasan sekitar bagi menempatkan tangki atau sistem sinetary tetapi akhirnya sia- sia sahaja ibarat menanti buah yang tidak jatuh sambil menambah apa yang dijanjikan, hanya manis di bibir sahaja.