Nadia Adeela
BINTULU – Seratus gerai jualan dan pameran produk didirikan sempena penganjuran program Co-op Fest anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak berkolaborasi dengan Pejabat Residen Bahagian Bintulu pada 1 hingga 3 Julai ini di Esplanade Bintulu dekat sini.
Daripada jumlah tersebut, 70 gerai diperuntukkan kepada koperasi yang datangnya dari seluruh pelusok negeri ini, 20 gerai lagi dikhaskan untuk koperasi dari luar Sarawak manakala sepuluh gerai untuk agensi atau jabatan kerajaan mempamer atau mempromosikan perkhidamatan serta produk masing- masing.
Tinjauan rambang Sarawak Update hari ini mendapati sedang bertungkus lumus mendirikan khemah menempatkan gerai- gerai pameran, jualan dan promosi produk jabatan, agensi maupun syarikat koperasi yang mengambil bahagian.
Aktiviti julung kali diadakan di Bintulu ini bertujuan menggalakkan penubuhan koperasi serta memperkenalkan kelebihan dan faedah koperasi di kalangan masyarakat disamping memperkasakan usahawan-usahawan serta memantapkan kerjasama dan rangkaian antara koperasi bagi memperkenal sekaligus mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Antara pengisian sepanjang tiga hari program tersebut berlangsung termasuklah ekspo pameran dan jualan program keceriaan seperti peraduan mewarna untuk kanak- kanak dan melukis pertandingan karaoke, Ratu Kebaya, Ibu Bergaya, tarian moden serta persembahan silap mata.
Turut diadakan juga seminat 1Komuniti 1Koperasi yang akan didakan pada 2 Julai ini di Kemena Hotel Plaza.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Haji Karim dijangka menyempurnakan acara perasmian yang dijadualkan pada 2 Julai, jam 9 pagi.