Powered by Blogger.
Sunday, 5 May 2013

Orang Mukah turun mengundi

Petugas SPR menyapu dakwat kepada jari Dr Muhammad Leo.




Dr Muhd Leo membuang undi


Pengundi menuggu giliran di Balai Raya Abdul Rahman Yakub at Kampung Tellian Jaya Mukah.


Pengundi di SK Kpg Seberang Mukah


Di  SK Kampung Jebungan Mukah






MUKAH: Kebanyakkan daripada pengundi di sini  memilih untuk membuang undi awal pagi walaupun cuaca mendung di merata tempat di daerah ini dari jam 7 hingga 1 petang.



Ada yang telah datang ke tempat mengundi seawal 7.30 pagi untuk
mengelakan barisan yang panjang.




Adalah difahamkan bahawa kedatangan pengundi agak ramai di sebelah pagi  kerana mereka menjangkakan hujan akan melanda di merata tempat di bahagian ini pada sebelah petang.



Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah datang mengundi di SK St Patrick Mukah pada kira-kira jam 8.10pagi.




Beliau yang ditemani pemandunya, Azery Abdullah, tiba di pusat membuang undi  pada jam 7.50 pagi.




Ketika ditemui wartawan selepas membuang undi, beliau berharap ramai orang akan  menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih pada kali ini.





"Saya berharap orang ramai akan keluar mengundi dengan full force untuk menjalankan kewajiban mereka sebagai pemilih. Cuaca yang sejuk ini, kemungkinan akan membawa berkat atau shower of blessing untuk Barisan Nasional. Saya rasa cuaca begini agak baik untuk mengundi, tak
hujan dan juga tak panas," ujarnya.



Pada pilihanraya kali ini, Dr Muhammad Leo ditentang dua pencabar, iaitu Hai Merawin daripada Democratic Action Party(DAP), dan Sylvester Ajah Subah, calon Bebas yang manggunakan lambang Bunga Raya.


Mukah mempunyai 26,551 pengundi berdaftar,  dengan 70% terdiri daripada Melanau/Melayu, Iban 20% dan Cina, 10%.
Saturday, 4 May 2013

Pembangkang Bulak Nya Dapat Menurunkan Harga Barang




KOTA SAMARAHAN- Dakwaan pihak pembangkang bahawa mereka boleh menurunkan harga barangan di pasaran jika menang pada pilihan raya ini adalah tidak berasas sama sekali.


Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah berkata, kerajaan telah sedaya upaya mengawal kenaikan harga barang dan memberi subsidi bagi meringankan beban rakyat.



"Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk mengawal kenaikan harga barang ini, perkara ini tidak perlu dipersoalkan pihak pembangkang," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Kebajikan dan 1Azam anjuran Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak dan Pejabat Residen Bahagian Samarahan di Dewan Sri Nor, Kampung Maranek



Katanya, kementerian itu akan melaksanakan  ' program pemutihan' bagi memastikan hanya mereka yang benar layak mendapat bantuan kebajikan,  program itu telah pun mula dilaksanakan tahun ini di seluruh negeri ini.



Menurutnya, untuk tujuan itu pihaknya memerlukan kerjasama dari ketua-ketua masyarakat untuk mengenal pasti mereka yang layak mendapat bantuan.



"Kita tidak mahu ada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) terlepas pandang menerima bantuan kebajikan.Oleh itu, kita memerlukan kerjasama daripada ketua masyarakat untuk membantu kita," katanya.




Katanya, kerajaan  komited  melaksanakan  program bantuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) dan program 1AZAM  bersama 16 agensi pelaksana yang telah dilantik.



"Ini merupakan komitmen berterusan kerajaan pusat bagi membantu meningkatkan isi pendapatan rumah bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan rendah.




"Kita yakin melalui perlaksanaan Karisma dan 1AZAM golongan sasar akan terus dibantu untuk meningkatkan pendapatan mereka  dan keluar dari belenggu kemiskinan," ujarnya.




Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Dalat itu memberitahu di Bahagian Samarahan seramai 1,638 mereka yang layak menerima bantuan kebajikan dan 1AZAM.




Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, calon BN bagi kerusi Parlimen P197 Kota Samarahan Rubiah Haji Wang, Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Rodziah Morshidi dan Pengarah JKMNS Noriah Ahmad.
Friday, 3 May 2013

10 premis judi diberi notis

BINTULU -  Sepuluh  premis  judi 'online'  tanpa  dilesen,  masing -  masing  empat  di  Pusat  Komersial  ParkCity  dan  CF  Park  serta  sebuah  di Pusat  Komersial  Bandar  Jaya  dan  Pusat  Komersial  Berjaya  dekat  sini  diberi  notis  arahan  untuk  menghentikan  operasi  mereka  daripada  Unit  Pelesenan  Kesihatan Awam   Lembaga  Kemajuan Bintulu (BDA).

Notis  arahan  tersebut   disampaikan Pembantu  Kesihatan  Alam Sekitar  BDA, Goh  Nae Guang  kepada   semua pemilik,  pengusaha, penyewa  maupun  penjaga  premis  berkenaan  hari  ini.

Notis  di bawah  Seksyen 153 Ordinan  Pihak  Berkuasa Tempatan 1996  dan  Seksyen  5(1)(b)  Ordinan  Hiburan 2000 itu  memberikan  tempoh  14  hari  kepada  semua  pemilik  agar  menghentikan  operasi  atau  aktviti  perjudian  'online'  tanpa  lesen  di  premis  masing-  masing  sebelum  tindakan  lebih  tegas  diambil.

Menurut  Goh,  kesemua  premis  terbabit  merupakan  antara   premis  yang  paling  tampak  menjalakan  aktiviti (perjudian  online tanpa  lesen)  walaupun  Pihak  Berkuasa  Tempatan yakni  BDA  telah  mengenalpasti  terdapat  46  premis  terlibat  dalam  aktiviti  seumpama itu.

Sekiranya, pihak  terlibat  masih   engkar  dengan  arahan  tersebut  walaupun  telah  diberikan  peringatan  dan  tempoh  untuk  berbuat  demikian, pihaknya  tidak  akan  teragak-  agak  mengambil  tindakan tegas  termasuk  mendapatkan  bantuan  dan  kerjasama  dengan  agensi  kerajaan  berkaitan  seperti  polis, SesCo.

Pendekatan (notis), katanya lagi, sebahagian  daripa  mekanisme  yang  diambil  BDA  sebagai  PBT  ke  araj   usaha  mengekang serta  membanteras  aktiviti  perjudian  'online'  tanpa  lesen  yang  semakin  berleluasa  di bandar  ini.

Pekerja Mogok Lagi di Bintulu

BINTULU:      Bimbang  perkhidmatan  mereka  tidak  disambung  menyebabkan  300  pekerja  tempatan  yang  bekerja  dengan  sepuluh  syarikat  sub  kontraktor  yang  bertanggungjawab  dalam  kerja-  kerja  pembinaan  Fasa  1  projek  pembangunan  di Samalaju,  kira- kira 75km  dari  bandar  Bintulu  bertindak  melancar  mogok  aman,  pagi  tadi.

Mogok  aman  yang  diadakan  seawal  jam  6.30  pagi  sebelum  berakhir  awal  tengahari  tadi, bagaimanapun,  tidak  menimbulkan  sebarang  kekecohan  maupun insiden  yang  tidak  diingini  memandangkan tujuan  mogok  tersebut  diadakan  adalah  sekadar  melahirkan  kebimbangan  pekerja  terlibat  terhadap  tindakan  syarikat  terlibat  mengupah  lebih  ramai  pekerja  asing  yang  dikhuatiri  akan  menjejaskan   peluang  pekerjaan  di  kalangan  mereka..

Syarikat terlibat  juga  dikatakan  mula  membawa  masuk  golongan  pekerja  asing  sejak  seminggu  dua  yang lalu  yang mana menimbulkan  kebimbangan  serta  kerisauan  di kalangan  pekerja  tempatan  apatah lagi  apabila  memikirkan  kontrak  pekerjaan  serta  kerja-  kerja  pembinaan(Fasa 1)  projek  pembangunan  di Samalaju  akan  tamat  dan  siap  tidak  lama.

Selain  itu,  pihak  majikan  juga  disifatkan  pilih  kasih  di dalam  pengagihan  tugas  dan  kerja  kepada  kedua-  dua  pihak(pekerja  tempatan  dan  asing)  dimana  pihak  majikan didakwa  memberikan  kerja  yang  lebih  mudah  dan  senang  kepada  pekerja  asing  sedangkan  pekerja  tempatan  diberikan  kerja  yang  berat  dan  kasar.

Sehubungan  itu, pihak  terlibat(pekerja  tempatan)  merayu  perhatian  serta  pertimbangan  pihak  berkenaan  terutama  majikan serta  syarikat  terlibat  agar  prihatin  sekaligus  mengambil  berat  akan  kebajikan  mereka.

Timbalan  Ketua  Polis  Daerah  Bintulu  DSP  Mohd  Said  Ibrahim  semasa  mengesahkan perkara  tersebut  memberitahu  pihaknya  menerima  maklumat  berkenaan  mogok  itu  pada  Selasa  lalu.

Katanya, seramai  70  anggota  yang  sepatutnya  bertugas  pada  PRU13  telah  dikerahkan ke  kawasan  bagi  mengawal serta memantau  keadaan  yang  disifatkan  beliau  sebagai  terkawal  daripada  sebarang  insiden  yang  tidak diingini.
 

Coffee Shops & Small Business Will Suffer If PR Come To Power



by Abdul Karim Rahman Hamzah via Whatsapp


PR promise of big salary and a minimum wage of more then a thousand ringgit monthly salary if they come to power reflects signs of desperation by them in trying to helm power.

They will promise the sky and the moon and will dangle anything as long as they win.

Their action are despicable and irresponsible as they are promising things that they know they could not deliver.

Even before getting to the mantle of power they are already lieing and cheating the voters.

I cant imagine what they will do if they are in power.

We want responsible parties and responsible leaders to lead Msia and bring us to greater height...not a bunch of liars and power crazy politicians.

I would love to hear what coffee shop operators and other small business operators have to say on this proposed minimum monthly wage of more then a thousand ringgit a month.

This small business operators will be the one that would be most affected! 

Can they afford to pay this sort of salaries?

*Abdul Karim Rahman Hamzah is Assistant Minister of Youth Development and Assistant Minister of Housing, Sarawak 

Come out voting

Candidate for Kuching, Chong Chieng Jen asked the people to come out in force to vote and exercise their right to have a change in government as he feared that vote buying, double voting,  illegally allowing to vote and gambling would affect the PR chance.

He  said to counter such underhand tactic, all PR supporter must vote and also it will be a historical event.

After 12 days of campaigning of gambling, Chong said he is confident that PR can deliver between 12 to 16 seats.

Please Lodge Police Report, DAP

Chong Chieng Jen advised a SUPP member from Batu Lintang who said he was almost knocked by a vehicle carrying a ubah flag to go and made a report asking police to investigate instead of just making a reference report. "Is he afraid to let the police investigate,". asked Chong.

Siva said in a press conference yesterday that he was almost knocked down by a vehicle at Brighton square at 9 pm and failed to see the vehicle plate number. 

Chong said it is a serious allegation  and doubt anyone can see such small flag at night. He said DAP believed in democracy and do not allow verbal personal attack, what more a violent one. He said let the police investigate.

DAP, Kit Siang dan mimpi tawan Johor





Rudi Affendi Khalik



Mampukah DAP menawan Johor? Pastinya persoalan ini menggegarkan. Tidak kurang menggetar dan menggusarkan. Setidak-tidaknya bagi Lim Kit Siang yang mengetuai jentera DAP Johor setelah beralih dari Ipoh Timur untuk “membuka silat” di negeri Dato’ Onn itu.

Menjangkakan akan menang mudah jika bertemu calon yang juga Pengerusi MCA Gelang Patah, Jason Teoh dan merampas kubu kuat parti MCA di Parlimen itu, pemimpin parti “paling lama masih bertanding” di Malaysia ini “kelu lidah” kerana BN menurunkan Menteri Besar Johor sendiri, Dato Abdul Ghani Othman yang sebenarnya dalam perancangan “bersara” untuk bersemuka dengan beliau.

Pertandingan dua “orang lama” – daripada dua kaum terbesar di Malaysia ini tidak dapat tidak pasti mengundang pertingkahan kaum. Setidak-tidaknya Kit Siang akan diapikan dengan peristiwa lama “Peristiwa 13 Mei” apatah lagi DAP sememangnya ditubuhkan sebagai serpihan PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang meninggalkan Malaysia – bagi menjaga kepentingan kaum Cina dan bersaing dengan MCA – yang dilihat terlalu berlembut dengan UMNO.


Dalam entri dalam blognya pada jam 3.41 petang semalam, Kit Siang membayangkan kegusarannya, yang beliau akan dianggap “rasis dan dalang” kepada Peristiwa 13 Mei 1969. “Jadikan 5 Mei sebagai hari menamatkan fitnah 13 Mei dan pembohongan perkauman UMNO-BN. Golongan yang memfitnah saya telah memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan pengundi, terutamanya orang Melayu, dengan mengapi-apikan sentimen perkauman. Mereka menyangka rakyat Malaysia masih hidup dalam tahun-tahun 1960-an yang mudah terpengaruh dengan emosi kaum.


Dalam entri pada 1 Mei, Kit Siang membayangkan betapa beliau tidak bersalah: “ Ini adalah penting kerana sampai sekarang tiada siapa yang tahu mengapa, apa dan siapa yang menjadi punca peristiwa 13 Mei itu. Lagi pun, kerajaan UMNO-BN selama ini tidak mempedulikan cadangan itu. Malah, pimpinan UMNO-BN membenarkan penyokong mereka menabur fitnah menuduh saya menjadi dalang peristiwa itu.”


“Walaupun tuduhan itu palsu dan bohong serta berniat menghasut dan membangkitkan api perkauman, pimpinan UMNO-BN, termasuk Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak, masih tidak serius untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah yang membahayakan hubungan antara kaum itu.”


Itu pandangan Kit Siang. Sejarah berkata lain. Sedemikian banyak kajian sarjana dan laporan risikan sememangnya menyebut tindakan DAP dan sedikit elemen komunis menjadi punca. Siapakah yang berarak membawa bendera DAP sambil membangkitkan kata-kata yang menghina Melayu dan Islam? Bahkan foto-foto yang dirakamkan membayangkan siapa Kit Siang sebenarnya. Apakah Kit Siang sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri? Takut tumpas di kerusi yang pada awalnya dijangka mudah.


Kit Siang usah menuding jari kepada orang lain jika ada yang mengatakan DAP rasis. Lihat sajalah keegoan Karpal Singh terhadap hukum hudud, bantahan Teresa Kok terhadap laungan azan dan bacaan Al-Quran, serta isu pemilihan CEC DAP sendiri yang jelas dibauri perkauman.

Parlimen Gelang Patah mempunyai 106,726 pengundi berdaftar, dengan 54.06 peratus pengundinya berketurunan Cina. Pengundi Melayu pula menguasai 33.54 peratus manakala pengundi India melengkapi 12.22 peratus. Sejak lima dekad lalu, ia merupakan kubu kuat Barisan Nasional – dengan MCA bekerja rapat dengan UMNO bagi memastikan pembangunan pesat kawasan selatan Johor tersebut.

Penawanan Gelang Patah bagi Kit Siang adalah laluan untuk menakluki Johor dan seluruh Semenanjung. Pada perhimpunan gergasi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 30 April, Kit Siang membayangkan DAP menyasarkan 33 kerusi Parlimen, dengan 12 kerusi di Johor manakala selebihnya di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini agak tinggi sedikit berbanding Karpal yang membayangkan 10 kerusi, sekurang-kurangnya.

Bahkan Kit Siang sebenarnya tidak segan silu menaburkan keyakinan, dengan memaparkan lautan manusia yang membanjiri kempen Pakatan Rakyat di Johor.

Akan tetapi secara realitinya, mampukah Pakatan Rakyat menawan Johor? Apakah sentimen dan isu yang luar biasa sehingga rakyat Johor terlupa akan komitmen kerajaan membangunkan Iskandar Malaysia – sekurang-kurangnya? Apakah hanya kerana perhimpunan – yang kita akui juga dihadiri oleh orang BN, bagi mengikuti keseronokan berkempen.

Kit Siang mungkin lupa bahawa Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dengan 17 daripadanya adalah daripada UMNO. Nama-nama besar yang bertanding atas tiket BN untuk kerusi Pusat termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Tan Sri Shahrir Ab Samad, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Razali Ibrahim. Di peringkat MCA pula ada tokoh muda seperti Datuk Dr Wee Ka Siong dan Datuk Wee Jack Seng. Di peringkat DUN – terdapat 56 kerusi yang dipertaruhkan. Lebih separuh daripadanya merupakan calon UMNO yang dikepalai Dato Sri Khalid Norden, Menteri Pengajian Tinggi – yang dikhabarkan akan menjadi Menteri Besar yang baru – seterusnya memandu Iskandar Malaysia ke mercu kejayaan.

Pada 2008, Johor kekal kubu kuat BN apabila memenangi 25 daripada 26 kerusi Parlimen yang ditandingi manakala hanya enam kerusi BN tumpas untuk Dewan Undangan Negeri. Bukankah fakta ini menjadi penanda aras yang jelas, betapa Kit Siang hanya bermimpi di siang hari?

Ternyata asakan DAP kepada negeri Johor bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan di kubu kuatnya di Pulau Pinang. Johor boleh dikatakan sebagai tulang belakang masyarakat Melayu di Semenanjung dan menjadi tempat asal semaraknya perjuangan Melayu menentang Malayan Union. Kerana itu, mereka yang yakin, jika dapat menawan Johor – bermakna seluruh tanah Semenanjung akan menjadi milik mereka.

Hakikat yang sebenar, DAP cuba memesong tumpuan kempen dari dua negeri Pakatan Rakyat yang berantakan – Pulau Pinang dan Selangor. Kerana itulah mereka mendendangkan kepada umum bahawa pada siri kempen terkini, mereka dapat menghimpun 70,000 penyokong serta mengutip RM230,000. Kempen terbuka sebegini bukanlah sesuatu indikasi yang boleh diambil kira kerana manipulasi sebegini boleh dilakukan dengan mendatangkan para penyokong dari seluruh kawasan parti pembangkang di utara Semenanjung. Bahkan yang lebih menarik – ia bertujuan untuk mewujudkan spin effect seolah-olah DAP telah berjaya menarik sokongan sedemikian ramai rakyat.

Hakikatnya, politik tetap politik. Dan di mana-mana, “wag the dog” seperti ini tetapi dilaksanakan oleh mana-mana parti politik – terutamanya yang memiliki kedudukan kewangan yang sedikit mantap. Pulau Pinang dengan penganaktirian orang Melayu dan Bumiputera, Selangor dengan isu air, isu kalimah “Allah”, bahkan pelbagai penelanjangan janji yang “tidak ditepati” menyebabkan mereka mencari jalan lain untuk memesong tumpuan.

Jangan lupa, isu Anwar sedang rancak diputar di Permatang Pauh – apatah lagi dengan kegagalan “servis kepada rakyat” di kawasan yang memiliki 71,808 pengundi ini, lantaran sibuk dengan urusan di peringkat pusat dan luar negara. Pertembungan Anwar dan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang begitu tahu banyak rahsianya, Dr Mazlan Ismail pasti akan menyedut begitu banyak tumpuan.

Jelaslah permainan yang dilakukan oleh DAP. Mereka mahu sentiasa dilihat sebagai “underdog” dan mampu menggugat. Justeru mereka perlu menyerang negeri-negeri tertentu bagi melencong mahupun menutup pandangan umum terhadap isu yang bertimbun di kubu kuat mereka. Ini strategi dan propaganda politik. Jika tidak, masakan Lim Kit Siang sanggup meninggalkan Ipoh Timur – zon selesanya – untuk memasuki kandang singa Gelang Patah. Silap hari bulan, di sinilah karier politiknya akan dipatahkan.


 * Rudi Affendi Khalik merupakan penganalisis bebas, bekas Editor Rencana Utusan Sarawak dan bekas koresponden TV Al Hijrah Sarawak
 
© Copyright 2010-2011 Sarawak Update All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Borneo Templates | Powered by Blogger.com.